terpulanglah








Jelas ternyata ini yang kau mahu
Sudah pergilah takkan ku rayu
Tak perlu ungkit lagi kisah dulu
Itu semua tiada erti



Mana perginya kata-kata setia
Mana pergi susah senang bersama
Jatuhku sendiri kau pun pergi
Ini semua tiada erti


Terpulanglah
Sungguh aku lelah tak peduli lagi
Terpulanglah
Tiada lagi sayu di hati
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang telah terjadi
Teruskanlah jangan kembali


Berikan tepukan gemuruh
Pada dia yang bersungguh-sungguh
Aku disini hanya tersenyum
Dan biarkan dia berlalu