decorative creative



assalamualaikum :)
acane cuti?? ada rasa macam dah sebulan tak?? iollss is rasa even baru berapa hari je pun. mungkin kerana hari hari dirumah adalah sangat tidak produktif. mohon kengkawan yang dekat matriks tu cepat balik :D rindu tahap parah dah ni.



eh, back to our title. hamboi,, canggih kemain tajuk. it just my passion. haha, just feel like want to share. dah jadi suri rumah, maka banyak lah masa boleh belek majalah majalah dekat rumah ni. sempat lah jugak khatam Impiana dengan Anjung Seri. fuuhh, cantik sungguh rumah mereka. hope one day i'll get that kind of house too :))



so, memandang tajuk dah canggih, mari kita kupas isi. iolls is nak bagi tips. waahhh, boleh jadi penasihat hiasan dalaman dah. hehe, its not mine pun. hasil pembacaan dan pembacaan serta pengambilan. 




Tips Menjadikan Ruang Rumah Kelihatan Lebih Besar








warna:
Jika anda menggunakan warna 'gelap', ruang atau bilik anda akan kelihatan lebih kecil. Begitu juga sebaliknya, penggunaan warna 'cerah' (seperti putih, krim, hijau muda dan biru langit), akan membuka pandangan anda dan menampakkan ruang yang lebih luas.



cermin:
Anda juga boleh menggunakan cermin. Lebih banyak cermin di dalam bilik anda, lebih banyak cahaya yang dipantulkan dan ini akan memberi kesan terhadap saiz ruang yang. Bilik anda akan kelihatan lebih besar.




item:
Bila sudah mula menghias rumah anda, lakukannya terhadap semua ruang dan tempat yang ada. Jangan ada yang terlepas pandang. Dalam setiap bilik anda, cuba hadkan 1-3 item yang sama, hindarkan kesesakan yang anda. Contohnya, item seperti gambar, patung permainan, majalah/buku (tidak mengapa jika disusun di rak), pasu hiasan, tanaman hidup, perlu dikurangkan jumlahnya.




lantai:
Gunakan lantai rumah anda hanya untuk meletak perabot dan jenis hamparan sahaja. Bagi barang bukan perabot, kutip dan simpan atau letak di tempat yang lebih sesuai. Letakkan barang lain seperti peti telivisyen, pasu bunga di atas perabot yang ada.




perabot:
Bila bercakap tentang perabot, sentiasa fikirkan ruang yang ada di rumah anda. Jika berkesempatan, sebelum membeli, ukur dahulu keluasan ruang untuk menempatkan perabot baru anda. Tidak salah kalau kita membawa pita pengukur ke kedai perabot untuk menentukan kesesuaian saiz perabot yang hendak dibeli. Bagi perabot bersaiz besar, rapatkannya ke dinding. Biarkan ruang terbuka luas. Manakala bagi perabot bersaiz kecil, anda boleh letakkannya di mana-mana. Yang penting elakkannya dari mengganggu pergerakan anda. Selain itu, pemilihaan perabot yang pelbagai guna adalah langkah bijak. Contohnya, jika anda mempunyai tempat simpanan di bawah meja dan katil di bilik tidur anda, bukan ke lebih baik.






itu sahaja perkongsian entry hari ni. moga dapat manfaat :) once again, itu hasil pembacaan dan pengambilan. it just a tips. In Sha Allah next time i'll update about bedroom pulak. tunggu pembacaan seterusnya lerrr.. i want this room:





and this:





this also:





thisss:





this too:





also:







tapi bila memikirkan usia yang tidak lah muda. maka semua diatas boleh jadi mimpi. untuk anak someday maybe. 
hikhikkksss.. lari tajuk pulak. so, i'll choose this:







or this:






and all bawah ni:














bertemu kita lagi dalam episod deko akan datang (ala ala eric leong). hopefully saya telah membantu anda. 
eh, lagi satu, jom visit love sight photography~~ their photos is awesome. if anything, just ask me :) lots of love. assalamualaikum :))