antara amalan Ramadhan Rasulullah S.A.W :)



assalamualaikum :)


how are you guyss?? hopefully good lah ye :) haaaaa see, i'm update my blog you know ! okay excited sebab i'm lazy and today i manage to overcome it. just finished one assignment and i reward myself with laptop and wifi. what a great reward..


this entry i wanna share something which is i would like to share. maybe kebanyakannya uollss dah tahu but i want to share anyway. memandangkan Ramadhan bakal menjelang tiba, bout 2 days left, apakah persediaan kita?? question for myself also. semoga Ramadhan ini lebih baik dan tidak seperti Ramadhan sebelum ini. and istiqamah pada bulan seterusnya~~





antara amalan Ramadhan Rasulullah S.A.W:


1. memperbanyakkan sedekah
Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)




2. memperbanyakkan membaca Al-Quran
firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)





3. memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)




4. Qiamullai
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)




5. mengerjakan umrah
sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari)






and, itu adalah antara amalan Rasulullah S.A.W ketika bulan Ramadhan. kita pun boleh ikut sama sama buat :) maybe kalau tak semua, satu dua.. elok ada dari tak ada. iqin menulis dan berkongsi untuk diri sendiri dan juga untuk lovely readers sekalian. marilah jadikan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk kita :)











p/s: sumber: abatasa

No comments: