final !



assalamualaikum sayang :)


first of all, thanks to those who support me dalam usaha promotion yang dulu. thanks a million :) and i did it, my traffic sangat best~ kepada members faceblog, i appreciate you guyss. awesome gilos mereka ni.


pejam celik pejam celik, next week is last week i belajar. then, its our FINAL ! fuuhhh, i'm so not ready. dah la memula paper yang agak gerun. ceh, takut kemain.. belajarnya tak jugak. okay, i'll start to study. nak jadi rajin sikit.. teringin jugak nak pergi anugerah dekan tu. i can do it ! yeeeaaahhhh..


hmm, besides study, there's one more thing that we should not forget. i write this as reminder to myself and i would like to share with you guys also. its about our relationship with Allah :) kadang kadang tu, bukan kita tak study, study nya kemain sampai tidur pun atas buku. tapi kenapa result kita still umm uuummm?? maybe Allah nak uji, but maybe sebab hubungan kita dengan Allah.


so, marilah kita sama sama betulkan hubungan dengan Allah. here ada beberapa doa yang kita boleh amalkan sama sama before nak final ni:





sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”





Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”




Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”







Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”












amalkan baca surah berikut:

1. Surah al-Waqiah - Mohon murah rezeki
2. Surah Yasin - Untuk kuat ingatan
3. Surah Luqman - Mohon kebijaksanaan dan ambil berkat al-Luqmanul Hakim
4. Surah ar-Rahman - Mohon kasih sayang pemeriksa terhadap calon. (Boleh juga dibaca pada malam sebelum final ataupun selepas solat Subuh.) 






Amalan Pada Hari Peperiksaan:
  • Apabila hendak masuk ke dewan, langkah kaki kanan dan baca doa ini, "La ta khaf wa la tah zan in nal lah ha ma ana" 1 X
  • Seeloknya berselawat sebelum duduk. Setelah duduk saja dikerusi, teruskan sedekah al-Fatihah kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar subjek yang sedang dihadapi pada hari tersebut.
  • Selawat ke atas nabi (3 X) dan al-Insyirah (3 X)
  • Apabila dapat sahaja kertas periksa, bacakan sekali lagi Al-Fatihah sampai ayat ke 5 sahaja iaitu (..Ih di nas syira tul mus taqim).
  • Kemudian buka kertas periksa, jawablah sehingga habis.
  • Setelah yakin dan puas hati, semak jawapan yang dibuat , tutuplah kertas periksa tadi dan habiskan bacaan A-Fatihah iaitu(...Syira tul lazi na an am ta'alaihim...sehingga habis.)





semoga kita semua peroleh manfaat daripada entry ni :) doakan saya untuk final nanti. semoga dapat result yang cemerlang.. amin.