no one perfect~~

hey,, lama kan tak update blog ni?? mmg pun.. bz gila!! huh,, penat. okay.. berbalik pada tajuk belog post ni, sebenanye tadi aku bukak facebook.. then, tertarik dekat status post sorang kakak ni. dye kata:

ye, aku mmg TAK PERFECT.. ade ke orang yang perfect dalam dunia ni???



yeay!! sokong akak nih.. mana ada org yg perfect larr... even sesape pun, dia still tak lari dari buat silap. jadi,, conclusion yang aku boleh buat sekarang, NO ONE PERFECT! tapi, kita boleh buat yang terbaik..







p/s: aku pun tak perfect jugak, :)

contest...{cabutan bertuah untuk semua membe2 prince}



hehe, saje nak cuba nasib. contest ni prince akan buat cabutan bertuah antara membe-membe beliau.. kalau ade rezeki nak bertuah,, dapat la.








if u all semua nak join, klik lah kat SINI . . sape-sape pun boleh join.


orang  bertuah yang aku tag:
1. pika
3. aeni



p/s: kita tengok sape bertuah..

lelaki 5G!

okay,, just wanna share dengan korang bout lelaki 5G ni. actually, entry ni dapat dari my friend yang namanye pika. macam best je,, so.. aku nak share la dengan korang jugak~~~  happy read..





Ganas
Perempuan sangat tak suka lelaki yang suka pukul perempuan. Perempuan perlu dilindungi. Lagipun perempuan bukan lawan kepada lelaki.

Garang
Ramai perempuan tak suka lelaki yang garang, kaki gaduh, suka mencarut dan marah-marah. Perempuan ialah golongan yang suka dimanja, bukan dimarah sesuka hati.

Gementar
Perempuan akan rasa selamat jika didampingi lelaki yang gentleman dan cool. Jadi lelaki janganlah gementar sangat dan takut tidak bertempat.

Gelojoh
Sebenarnya perempuan sangat menyampah dengan lelaki yang over-acting dan gelojoh. Jauhilah sikap gelojoh. Bakal mak mertua pun tak berkenan.

Gatal
Bila berhadapan dengan gadis, jadilah diri sendiri.
Tidak perlu beraksi gatal dan nakal untuk menarik perhatian gadis.




so, kepada yang lelaki or yang perempuan,, silalah baca.. peringatan untuk diri sendiri..






p/s: aku pun tak suka lelaki macam tuh,,




ada ape dengan cinta??

hahaha,, read that title!! jiwang kot.. actually, sekarang ni tengok macam ramai je yang post pasal cintan-cintun ni. so,, i pun nak join u alls la~~~  ada ape dengan cinta?? best ke cinta tu?? cinta tu macam mana ea??









sebenarnye,, aku pun tak tahu.. tu la aku nak tanya korang yang lebih berpengalaman ni.. if korang ade jawapan,, share-share la. sharing is caring you know?! 






























p/s: CINTA tu apakah??




akhirnya siap.

yeay! akhirnya siap jugak kan.. setelah berapa hari aku asyik propa je nak buat group untuk SKUAD ELIT PEREMPUAN 2011 akhirnya.. siap lah jugak group tuh. tapi,, aku tak add semua member lagi sebab aku pun tatau ape diorang punya muka buku. kalau ada sesapa yang tahu, add lah diorang.








sape yang nak view group yang baru siap ni klik SINI





p/s: saya sayang korang semua~~

colours of friendship,,

hey, entry kali ni, aku nak kongsi dgn korang pasal persahabatan. pasal aku jugak lah. okay,, so far, aku ada 1 team yang memang best gila. kitorang dah berkawan sejak form 1 lagi sampai sekarang. ingat lagi time form 1 dulu, semua masing-masing diam je. tak kenal antara 1 sama lain. nak berkawan pun macam segan je. kitorang ditakdirkan 1 kelas time form 1. iaitu: 1 FASIH !! seriusly, i miss that class a lot.. semua 1 kepala. cikgu pun dah naik pening dgn kitorang.









hahaha,, tapi.. tak semuanye kekal dalam group ni. ada jugak yang makin renggang. bukan semua,, ada yang kekal sampai sekarang! tengok,, even kitorang tak 1 kelas, kitorang still rapat macam dulu. seronok sangat~~ eh, lupa nak kenalkan pulak. okay,, ni lah diorang yang aku maksudkan tu:



aku



pika


syafiqa



amiera




aeni


intan


hakim


prasat



ade lagi yang lain. tapi,, picture diorang tak de dalam simpanan aku.NAZREE,ALIFF, n AMIR. so,, siapa yg tak de pics tu.. korang tetap kawan aku. jangan terasa ye?? kalau ada pics korang aku mesti letak punya. group kitorang ni diberi nama SOLLEK GROUP. nak tau sebab ape?? sollek tu berasal dari bahasa tamil yang bermaksud 'banyak cakap'.. mmg sesuai lah dgn kitorang sebab kitorang mmg banyak ckp pun.














sayangilah kawan korang selagi mereka berada disisi :)





p/s: i miss our moment a lot~~

faceblog.

yeay! tau tak.. td kan, aku tengah bosan-bosan. then, pergi lah jelajah blog orang.. pastu, aku terjumpa ade macam 1 community untuk blogger yang dipanggil FACEBLOG. fuyoohhh.. blog pun ada muka! bukan buku je yang ada muka. maybe,, blogger yang dah lama dalam dunia blog ni dah tahu kot. aku je baru jumpa. aku just nak share je ape yang aku jumpa.. okay lah,, see ya~~~








p/s: teruja..

aduh..

erm,, esok hari last ujian. maka,, esok jugaklah latihan KAWAD aku akan bermula balik. so,, lepas ni tak boleh lah nak update selalu blog ni. ntah bila la lagi aku nk online kn.. time cuti sekolah pun maybe ade latihan jugak. everyday dari pagi smpai petang dduk kat skolah tu. jom usha ape mak aku kata:



mak: esok akak stay lagi kat sekolah ke??

aku: ha'ah.. ade latihan kawad la,

mak: ouh,, ape kata kalau tido je terus kat sekolah tu. tak payah nak susah-susah ulang-alik.

aku: hahahah.. mana ade smpai mcm tu la mak..

mak: yela, macam tak nak balik rumah je. tak pe,, nanti mak kemaskan baju untuk akak ye??

aku: hahahahaha (terkelu lidah~)



see,, so sweet kan mak aku?? bila aku ckp aku tak stay, dye punya la heran kenapa aku boleh balik rumah pulak. tak pe lah, aku just anggap ni cabaran untuk aku. adios~~~


p/s: saya sayang mak saya!

huhuhu :(

huh, setelah seharian blogwalking semalam,, aku rasa blog aku mmg rendah sgt.. yela, tgk blog org lain semua cantik je. cerita best~~  aku ni?? blog pun macam ape je kn.. huhu,, mcm mana nak buat blog yg best mcm akak-akak n abg-abg semua ye??? kalau sudi, tolong lah share.. sedih je tgk blog aku ni~~







kat sini, aku nak share something pasal blog yg kiut-miut belaka ni. suka je tgk belog diorang:


klik lah blog mereka kalau nak tahu.. best~~ tak lah mcm blog aku nih. baru belajar la katakan.






p/s: tolong??!



ujian ohh ujian.

huhu,, selagi bergelar pelajar mesti la ada periksa & ujian kan?? ape la... tapi, ujian ni kekadang merimaskan aku la. malas nye nak baca buku!! oh tidak... mengapakah harus begini??? ape kata kalau kerajaan ubah balik sistem  belajar kat Malaysia ni. tak payah ada periksa or ujian. kan senang je hidup.. 








apakan daya, ini dah suratan takdir. tak pe,, nanti aku belajar betul-betul, jadi PERDANA MENTERI Malaysia, aku gubal balik semua. biar tak payah ade periksa & ujian ni. aman je hidup pelajr sekolah.




p/s: nanti Malaysia nak jadi ape??

PENDAPAT AKU MENGENAI BEN ASHAARI

haha, post kedua hari ni. actually, aku baru je nak belajar benda ni. so,, tadi kn, bukak blog BEN ASHAARI .. pastu, ada ada segmen untuk cerita pendapat aku mengenai blog BEN ASHAARI ni. then, aku pun cuba lah buat.. yela,, aku kan baru, nak cuba lah ni.




1. letak banner beliau 





2.berikan sebab kenapa aku sukakan GENGBLOGGER.COM & 1TUBE.MY

jawapanku: 
aku suka vlog tu sebab cool and seronok la untuk aku nak bace. video yang ada pun tak membosankan. pendapat aku,, teruskan usaha sebab vlog tu best~





3. bagi pendapat mengenai blog BEN ASHAARI 

jawapanku: 
your blog is such a good blog. mmg rasa nak bace je.. post pun tak da yang memualkan orang yang membaca ni.



p/s: betul ke buat mcm ni??


tentang aku :

hyep,,, hahaha.. sejak belog nih dibukak, aku tak pernah nak cerita pasal aku kn?? okaylah,, atas permintaan orang tu, akan ku tunaikan okay~  post kali ni, aku nak cerita lah serba-sedikit pasal aku.. kalau tak nak tau, tak pe.. aku post je..




nama: norasyiqin bt mohd noordin

panggil: kambeng , kiah , iqin , asyiqin or qin 

umur: 17 tahun

tarikh lahir: 2.1.1994 (aku tau aku tua!)

jantina: perempuan + lelaki sikit

sekolah: SKPU (1) - darjah 1 till darjah 6
             SMKPU (1) - form 1 till form 5

adik beradik: ada 4 orang (aku yang sulung)

perangai: gila , tak betul kekadang , very sensitive 

status: single

kawan baik: ada ramai

kawan karib: intan, pika, aeni, amiera, eli, syafiqa, hakim, prasat, aliff, amir, nazree n ade la lagi..





haha,, rasanye tu je lah yang aku boleh cerita kat korang. kalau ade lagi yang nak tahu,, bagitau lah ye?? enjoy my picture.. aku tak de lah cantik pun. so, kalau tgk pics tu tak cantik,, dah mmg aku tak cantik, nak buat cam mana kan~~~






















p/s: jgn banyak complain!

terima kasih.

hahaha,, terima kasih kepada athirah rahman kerana telah letak belog saya dalam bloglist beliau~~   hehe, walaupun belog aku ni tak la brapa nak best sangat. hehe, rasa terharu pun ada jugak bila view belog beliau, aku pun ada dlm senarai beloglist??? terima kasih,terima kasih,terima kasih..


p/s:ade lagi tak yg nak letak aku dlm bloglist korang??

happy birthday!

okay, entry kali ni nak cerita pasal sambutan birthday mereka yg ktorang sambut last friday (4.3.2011) .. haha, actually kitorang sambut 2 org punya birthday sekali gus. PRASAT & INTAN . . 


intan

prasat


firstly, ktorang ckp dkt intan n prasat yang ada meeting sdang. nak tak nak, kena la diorang stay.. lepas tu, ajak g beli hotdog kt kedai ahmad, time tu la kitorng tutup mata dye.. hahaha, kesian gila~  dah tak boleh nampak. mcm org buta pun ade jgak. yg prasat ingat kitorang just buat untuk intan je. so, dye mmg tak syak ape-ape la..







birthday boy n girl,,


see, kesian kan intan?? i'm so sorry.. then, naik bas pegi ioi mall. hheee,, dkt ioi tuh semua org pandang dgn penuh kehairanan.. yela, mcm org gila je bawak org ttup mata. ioi pulak tu. kalau kat skolah tak pe lah lagi.
then, acara potong kek la pulak..thanks to MAMA SOLLEK kerana telah sponsor kek blueberry yg sedap tu. lepas main kotorkan baju dgn toping kek tu, kitorang pun main bowling. tapi, pika,amir n prasat tak main coz diorang kena balik awal..




















p/s: happy belated birthday to INTAN n PRASAT.. aku syg korang!